SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, tewas dalam saingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi yang disandangnya sejak 2013.
Memetik laporan Kosmo, BN, Siow Kong Choon (John), muncul pemenang selepas menewaskan Anthony Loke yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pertandingan satu lawan satu di kerusi berkenaan.
Anthony sebelum ini mempertahankan DUN Chennah selama tiga penggal berturut-turut sejak memenanginya pada 2013.
Terdahulu, keputusan awal tidak rasmi setakat pukul 7 malam menunjukkan Siow mendahului dengan kelebihan 108 undi apabila memperoleh 139 undi berbanding Anthony yang meraih 31 undi.
Sementara itu, keputusan awal keseluruhan PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN mendahului persaingan dengan 17 kerusi, diikuti PH yang memperoleh sembilan kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.






