Tema Kaamatan Tahun Ini “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”

Tema Kaamatan Tahun Ini “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”

0
SHARE
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan mempengerusi mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022.

Tema yang dipilih bagi tahun ini ialah Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi. Sementara itu Daerah Keningau dipilih sebagai tempat pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan pada 1 May, 2022. Keputusan ini disambut baik oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.

Dr Jeffrey berkata Perayaan Pesta Kaamatan adalah platfom untuk mengekalkan budaya dan adat istiadat kaum Kadazan Dusun Murut terutamanya dalam kalangan generasi muda…

Di samping itu, Pesta Kaamatan berupaya untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini melalui pelbagai program yang melibatkan kebudayaan serta tempat-tempat yang menarik.