EBIT LEW DAH KETUK PINTU SEBELUM KE SEMPORNA, SHAFIE APDAL MUNGKIN ARAH...

EBIT LEW DAH KETUK PINTU SEBELUM KE SEMPORNA, SHAFIE APDAL MUNGKIN ARAH DO HALANG MISI BANTUAN?

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Surat kebenaran menghantar bantuan ke Semporna oleh Pendakwah Bebas, Ebit Lew telah diperolehi lebih awal sebelum program berjalan dari Pejabat Daerah Semporna dan isu berbangkit kononnya Ebit telah melanggar adab kerana tidak mengetuk pintu sebelum menjalankan bantuan kemanusiaan telah dipertikaikan.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) berkata, Pegawai Daerah Semporna (DO) Suhaime Haji Ejip sepatutnya tampil memohon maaf kepada Ebit dan rombongannya kerana telah mengeluarkan arahan agar misi bantuan ke pulau-pulau dihentikan segera.

“Surat kebenaran kelulusan bagi menghantar bantuan misi kemanusiaan oleh Pejabat Daerah Semporna yang telah ditandatangani oleh Penolong Pegawai Daerah, Hafizul Hafiz bagi pihak Pegawai Daerah kepada Ebit melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang bertarikh 27 Jan 2021 jelas menunjukkan Pejabat Daerah secara rasminya telah menyambut salam Ebit, malahan telah membenarkannya untuk masuk secara beradab dan rasmi.”

Surat permohonan kebenaran memasuki negeri Sabah bagi kawasan Daerah Semporna bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang terlebih dahulu telah dibuat oleh Ebit Lew melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang bertarikh 27 Januari 2021…

“Justeru kenyataan DO Semporna kononnya Ebit telah melanggar adab masuk tanpa memberi salam terlebih dahulu adalah jelas satu fitnah yang jahat.”

“Sepatutnya tindakan DO atau wakilnya adalah memanggil Ebit dan berbincang secara bersemuka mengenai masalah berbangkit dan mencari jalan penyelesaian bagi memudahkan proses bantuan, sebaliknya apa yang berlaku adalah Ebit telah diugut akan didenda dan dipenjarakan. Ini adalah jelas satu tindakan yang tidak boleh diterima.”

“Kalau pun punca pembinaan sekolah Agama melanggar undang-undang sedia ada, sepatutnya penerangan secara tertib perlu diberikan kepada Ebit sambil bantuan lainnya berupa makanan dan sebagainya masih boleh diteruskan, bukannya menghalang misi tersebut untuk terus berjalan,” menurut BEBAS lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO Pegawai Daerah (DO) Semporna yang tetap mempertahankan tindakannya menghalang Ebit dan dalam masa yang sama sepatutnya memanggil Ebit untuk menyelaraskan bantuan agar misi berjalan dengan lancar…

Kerajaan Negeri Sabah sendiri sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan untuk mengalu-alukan misi kemanusiaan tersebut di negeri ini, malangnya ini amat berbeza dengan DO Semporna.

Menteri Kewangan Kedua Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan turut mengesahkan Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah menghalang pendakwah Ustaz Ebit Lew untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan di negeri ini sambil menegaskan bahawa kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada pendakwah bebas itu…
Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah, Datuk Ariffin Arif mengesahkan MUIS dan JHEAINS tidak menghalang misi bantuan Ebit Liew…

BEBAS berkata lagi; “Sejak beberapa hari yang lalu, sekeping foto turut tular di media sosial Facebook yang menyatakan bahawa DO Semporna adalah penyokong kuat Parti Warisan Sabah.”

Sekeping foto turut tular di media sosial Facebook yang menyatakan bahawa DO Semporna adalah penyokong kuat Parti Warisan Sabah…

Malahan, wujud dakwaan Shafie Apdal telah membantu mempercepatkan proses kenaikan pangkat Suhaime daripada jawatan ADO kepada DO.

Suhaime Hj Ejip juga disenaraikan di antara puluhan Pegawai berasal dari Semporna yang telah dibantu oleh Shafie.

Selain itu, turut kedengaran daripada orang ramai kononnya Datuk Seri Shafie Apdal sendiri yang telah mengarahkan agar DO Semporna menghalang misi kemanusiaan oleh Ebit ke pulau-pulau untuk menutup lebih banyak kelemahan yang lakukan oleh Shafie sepanjang menjadi wakil rakyat di Semporna.

Umum mengetahui daerah Semporna sebelum ini dikenali sebagai daerah yang paling mundur di Sabah, selain dikenali sebagai daerah paling ramai menyimpan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Daerah Semporna juga turut dikenali di mata dunia sebagai ‘DAERAH PALING TERKOTOR’ di Malaysia dan paling tinggi kes bom ikan haram, malahan sebelum ini seorang pengajar selam skuba dan dua (2) pelancong asing turut maut tekena bom ikan ketika melakukan aktiviti menyelam di di Pulau Kulapuan, Semporna.

Pada November 2018 yang lalu, seorang pelancong luar negara telah memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang mengelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia…
Terdahulu, netizen berkongsi gambar dalam Facebook mengenai keadaan sampah-sarap yang teruk di salah satu kawasan rumah atas air di daerah Semporna…

Sumber foto dipetik daripada portal berita Bernama…
Semporna pada tahun sebelum ini mencatatkan daerah paling tinggi aktiviti haram bom ikan… (Sumber foto ihsan Bernama Online)

Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …

“TMJ pun sokong misi kemanusiaan oleh Ebit dan turut menyumbang wang sebanyak RM200 ribu, sepatutnya Shafie Apdal termasuk DO tampil menyokong usaha Ebit, sebaliknya tindakan DO adalah mengeluarkan kenyataan kononnya Ebit masuk ke Semporna tanpa memberi salam dan dalam masa yang sama surat kebenaran rasmi telah dikeluarkan jelas amat mengecewakan,” tambah BEBAS.

TMJ memuji misi kemanusiaan Ebit dan turut menyumbangkan RM200 ribu kepada beliau…