Pokok Tumbang Hempap Triton di Alam Mesra

Pokok Tumbang Hempap Triton di Alam Mesra

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebatang pokok tumbang menghempap dua kenderaan di Alam Mesra petang semalam lalu mengakibatkan kerosakan pada sebuah Mitsubishi Triton.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebuah Proton X-50 tidak terjejas.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.12 petang dan pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Lintas tiba sembilan minit kemudian.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok menggunakan gergaji berantai.

“Tiada mangsa dilaporkan,” kata seorang pegawai jurucakap agensi.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 petang setelah keadaan disahkan selamat.

Sebanyak sembilan anggota terlibat dalam operasi dengan dua jentera, FRT dan EMRS.