KOTA KINABALU, SABAH – Kebakaran yang tular di pusat beli belah Karamunsing pagi tadi melibatkan dapur sebuah restoran.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan dari Restoran Cili Padi di medan selera ruang bawah tanah diterima pada pukul 10.31 pagi.
“Kebakaran melibatkan bahagian dapur dan kipas ekzos siling siling dengan keluasan 10×10 kaki terbakar 20 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan tiga pancutan sumber air dari jentera,” kata seorang jurucakap agensi.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam operasi melibatkan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan Lintas.
Operasi dilaporkan terkawal pada jam 10.54 pagi dan ditamatkan kira kira 16 minit kemudian.