KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengumumkan perolehan tanah RM40 juta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk membangunkan Taman Perindustrian KTC yang merupakan hab logistik, operasi dan pembuatan terbesar syarikat itu.
“Langkah strategik ini akan lonjakkan perolehan tahunan kepada RM1.5–RM1.6 bilion,” kata Pengarah Eksekutif, KTC Datuk Dexter Lau.
Tambahnya, pelaburan ini akan meluaskan asas operasi KTC sebanyak 40 peratus dan menaikkan pendapatan sebanyak 50 peratus
“Taman ini akan jadi pusat pengedaran FMCG terbesar di rantau ini, meliputi pasaran Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia,” katanya
Menurut beliau, pembinaan di atas tanah 15 ekar itu akan bermula segera dengan pelaburan keseluruhan RM100 juta dan dijangka mewujudkan 500 pekerjaan baharu dengan keutamaan kepada komuniti kurang berkemampuan.
“KTC kini capai pendapatan lebih RM1 bilion dan keluasan operasi 500,000 kaki persegi. Pelaburan ini selaras dengan misi jangka panjang kami,” jelasnya.
Beliau turut umum pelaburan tambahan RM10 juta di Sarawak.
“Pendapatan dijangka naik 40 peratus di Sabah dan 10 peratus di Sarawak dalam 2–3 tahun.
KTC dijangka menggaji 2,000 orang di Malaysia dan Brunei menjelang tahun depan.






