Rider Nyaris Maut Terperosok Bawah Lori

Rider Nyaris Maut Terperosok Bawah Lori

0
SHARE
Rider
Seorang 'rider’ terperosok di bawah lori yang sedang berhenti di simpang Jalan Kolombong berhampiran Bataras

KOTA KINABALU, SABAH – Nasib baik seorang ‘rider’ terperosok di bawah lori yang sedang berhenti di simpang Jalan Kolombong berhampiran Bataras sini kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Aiman, 22, sedang menuju ke arah Lintas dari Inanam dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang itu.

Beliau yang menunggang motosikal jenis Honda Wave 110 terlanggar bahagian kiri sebuah Perodua Myvi yang sedang keluar dari simpang untuk masuk ke jalan utama.

Difahamkan, kereta tersebut dipandu seorang wanita, 35, yang berkerja sebagai seorang guru diberikan laluan oleh lori kontena terbabit.

Katanya kepada Sabah News di lokasi, “secara tiba-tiba mangsa menyisip lalu berlakunya kemalangan”.

Orang ramai termasuk pemandu lori berjaya mengeluarkan mangsa sebelum kehadiran pasukan penyelamat.

Menurut seorang rakan Aiman di lokasi, beliau baru sahaja mengalami kemalangan di Teluk Likas akibat terlanggar lubang bulan lalu.

“Dia masih sakit di bahagian bahu, sekarang kemalangan ini pula, syukur dia masih hidup,” katanya.

Mangsa ketika itu dilihat sedang baring di tengah jalan dengan tidak dapat menggerakan kaki kirinya namun aktif menghubungi orang tersayang menggunakan telefon bimbit.

Ambulans tiba tidak lama kemudian untuk menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut.

Rider
Seorang ‘rider’ terperosok di bawah lori yang sedang berhenti di simpang Jalan Kolombong berhampiran Bataras