Maritim Malaysia Tahan Bot Penumpang Melebihi Had Penumpang Di Pulau Mamutik

Maritim Malaysia Tahan Bot Penumpang Melebihi Had Penumpang Di Pulau Mamutik

0
SHARE
Maritim
Bot penumpang sarat dengan pelancong ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah bot penumpang yang bernilai RM80,000 ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana melebihi had penumpang berhampiran Pulau Mamutik pada Isnin.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Bot Peronda Maritim Malaysia KILAT 39 mengesan bot penumpang berkenaan pada kira-kira jam satu tengah hari.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftarannya tidak mengikut spesifikasi manakala nombor siri enjin juga berbeza dengan lesennya.

“Bot dan pemiliknya kemudian ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.