Istiadat Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Rasmi TYT Sabtu ini

Istiadat Perbarisan Sambutan Ulang Tahun Rasmi TYT Sabtu ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai dijemput hadir ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sabtu ini.

Antara yang menarik ialah persembahan istimewa kawad formasi oleh Pasukan Kawad Sekolah Henry Gurney Keningau dengan keanggotaan seramai 31 orang pelajar, selain persembahan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) disusuli dengan nyanyian Kumpulan Koir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan 17 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-6 Artileri Diraja.

Turut diadakan, penyertaan 88 kontinjen perbarisan terdiri daripada Kontinjen Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Rasmi, Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi, Kategori Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kategori Persatuan Etnik Sabah, Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kategori Swasta dan Komersil.

Hadir dalam raptai hari ini ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip. — JABATAN PENERANGAN SABAH