TAMPARULI, SABAH – Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS Bahagian N.14 Tamparuli anjurkan program Taklimat Peningkatan Ekonomi Melalui Koperasi baru-baru ini.
Seramai 20 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai program tersebut.
Program bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin parti dari akar umbi dan bahagian dalam bidang ilmu koperasi.
Sesi taklimat disampaikan oleh Tokoh Koperasi yang juga Naib Presiden PBS, Haji Ruslan Muharam.
Ketua Pergerakan Wanita PBS Bahagian Tamparuli yang juga Ketua Exco Wanita PBS Pusat, Datin Malianah Ugau berkata, program seumpama itu sangat baik untuk memberi ilmu pengetahuan kepada golongan muda, terutamanya ahli PBS yang berminat.
“Saya percaya selepas taklimat hari ini, semua ahli akan lebih bersemangat untuk memulakan koperasi di tempat masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian, Rizkam Wenddy Yabin berkata, beliau akan mengadakan satu perbincangan khas dalam kalangan AJK Pemuda Bahagian untuk mengenal pasti jenis perniagaan berpotensi untuk diketengahkan koperasi kelak.
“Perhargaan tertinggi kami kepada Haji Ruslan dan rombongan atas kesudian mereka untuk datang mengongsikan ilmu kepada Pemuda dan Wanita Bahagian, dengan harapan semoga ini akan terlaksana di Tamparuli,” katanya.
Untuk rekod, program ini merupakan kesinambungan program lawatan Pemuda dan Wanita Bahagian ke Lumadan Beaufort baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS Pusat merangkap Ketua Bahagian PBS Sulaman, Juin Saman, dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar.





