SELANGOR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang laporan baharu berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
Jelas beliau, walaupun tiada laporan mengenai peranti itu dijual, pemantauan akan terus dilaksanakan kepada pelajar yang telah menerima peranti itu.
“Kita tahu sekiranya peranti tersebut disalah guna atau tidak berada di kampus dan pergi merata-rata…
“Mereka akan dapat dikesan kerana kita dapat memantau keberadaan peranti tersebut sekiranya ianya berada di luar kawasan kampus.
“Contohnya semasa musim belajar, peranti tersebut hendaklah berada dalam kampus,” katanya.
Jelas beliau, daripada 300,000 peranti yang ada, hanya 14 kes diterima membabitkan penjualan peranti itu.





