KUALA LUMPUR – Pencipta makanan snek ringan kegemaran ramai, Mamee Monster Datuk Panh Chin Hin telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.03 pagi Sabtu.
Mendiang Chin telah meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Pengasas Mamee Monster itu juga mencipta pelbagai jenis makanan seperti Mister Potato dan keropok udang Double Decker.
Chin Hin sebelum menjadi pengasas Mamee Monster, pernah bekerja sebagai pengedar kereta terpakai sebelum rakan mengajak beliau mengusahakan produk mi segera…
Beliau kemudian membuka kilang kecil di Melaka pada 1971 dan melancarkan produk pertamanya dikenali ‘Lucky Instant Noodle’ tetapi gagal dikomersialkan.
Namun, pada 1974, anak lelakinya, Tee Chew mendapat ilham untuk menghasilkan produk mi segera yang dimakan bersama perisa tambahan selepas melihat seorang penoreh gerah menikmati hidangan itu secara mentah.
Makanan ringan tersebut yang dikenali sebagai Mamee Monster nyata menjadi batu loncatan syarikatnya untuk terus mencoret kejayaan sehingga berjaya di eskport ke serata dunia.
Pada 1992, syarikat itu dijenamakan semula sebagai Mamee-Double Decker dan menghasilkan lebih 50 makanan ringan yang menjadi kegemaran rakyat negara ini.