Sabah Teruskan Trend Penurunan Dengan 442 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Teruskan Trend Penurunan Dengan 442 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan jumlah kes harian dengan 442 KES hari ini iaitu pengurangan 55 kes berbanding kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya terdapat pengurangan kes di kebanyakkan daerah kecuali Kota Belud (+31), Ranau ((+21) dan Kinabatangan (+21) yang kembali naik secara mendadak.

“Malah, Kota Belud mencatat jumlah kes yang tertinggi di Sabah hari ini dengan 54 kes, diikuti oleh Ranau dengan 51 kes…

“Kota Kinabalu adalah antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara hari ini dengan 42 kes (-38), Tuaran (-15), Kota Marudu (-15) dan Penampang (-27),” katanya.

Beliau terus menegaskan korelasi antara statistik harian dengan tahap sikap pematuhan rakyat kepada prosedur operasi standard (SOP).

Katanya ia boleh dilihat daripada peratusan kes sporadik yang turun naik setiap hari.

“Kes sporadik yang juga dikenali sebagai saringan kes bergejala merupakan 33 peratus (33.3%) daripada jumlah kes hari ini, satu peratusan yang tinggi walaupun kurang sedikit daripada peratusan kelmarin (36.2%),” jelasnya.

Beliau berkata masalah lojistik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan masa verifikasi dari daerah pedalaman mengakibatkan beberapa kes dilapor hanya 24 jam setelah keputusan diketahui.

Cuma 232 atau 52 peratus (52.5%) daripada 442 kes di Sabah hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Kesemua kes di Kota Belud (54) yang dilaporkan hari ini berlaku diluar tempoh 24 jam yang lalu, yakni 2 hari atau lebih lama…

”Sebanyak 36 daripada 42 kes di Kota Kinabalu juga sedemikian, 14 daripada 26 kes di Tenom, 16 daripada 36 kes di Kinabatangan dan 12 daripada 15 kes di Penampang,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata pesakit yang mengalami gejala serius akibat jangkitan virus COVID-19 kekal rendah. Hari ini cuma seorang pesakit bagi setiap Kategori 3, 4 dan 5.

“Selain daripada 13 kes yang masih dalam siasatan lanjut, kes2 selebihnya (426 daripada 442) adalah dalam Kategori 1 dan 2…

“Kategori tersebut adalah jangkitan yang tidak bergejala atau bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” tambah beliau.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Belud – 54 (23)
Ranau – 51 (30)
Tuaran – 46 (61)
Kota Kinabalu – 42 (80)
Kinabatangan – 36 (15)
Tenom – 26 (29)
Papar – 21 (33)
Kota Marudu – 20 (35)
Keningau – 18 (22)
Penampang – 15 (42)
Sipitang – 15 ( 12)
Beaufort – 15 (19)
Putatan – 15 (11)
Lahad Datu – 12 (8)
Tambunan – 8 (13)
Beluran – 8 (3)
Sandakan – 8 (13)
Tawau – 8 (7)
Kuala Penyu – 6 (8)
Telupid – 5 (6)
Pitas – 3 (5)
Kudat – 3 (16)
Semporna – 2 (1)
Kunak – 2 (3)
Tongod – 2 (0)
Kalabakan – 1 (2)
Nabawan – 0 (0)