KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) individu mungkin menghadap tali gantung setelah aktiviti pengedaran syabu mereka dipatahkan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dalam operasi besar-besaran awal pagi kelmarin.
Mereka antara 20 lelaki yang ditahan dalam di empat (4) kawasan panas (hospot) syabu di sekitar daerah ini melalui Op Sarang.
Seramai lima (5) pegawai dan 58 anggota pelbagai pangkat bertindak sekitar 4.30 pagi dengan menumpu lubuk aktiviti pengedaran dan penjualan dadah iaitu Kampung Lok Buno, Taman Putrajaya, Kampung Lapasan dan Lampung Wak Wak.
Ketua Polis Daerah, ACP Zaidi Abdullah berkata keseluruhan rampasan termasuk adalah sebanyak 70.09 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM 7,009 mengikut harga dadah semasa.
Katanya salah seorang dari suspek tersebut sedang disiasat dibawah Seksyen 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 22 paket berisi syabu seberat 56.77 gram.
“Salah satu daripada mereka merupakan warga asing. Lima (5) lago individu ditahan di bawah Seksyen 12(2) dan 13 individu lain ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Jelas beliau, 36 individu telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan manakala separauh daripada 20 individu yang ditahan merupakan warga asing. Mereka berada dalam lingkungan umur 19 sehingga 47 tahun.
“Usaha untuk membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar daerah Kota Kinabalu sentiasa diperhebat dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman awam…
“Bagi mempertingkatkan lagi pembenterasan jenayah dadah, usaha sama dari orang awam juga amat diperlukan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” tegas Zaidi.