Lapan Perlawanan Terakhir Bagi Aksi Final Kejohanan SAFA Piala BMR Hari Ini

Lapan Perlawanan Terakhir Bagi Aksi Final Kejohanan SAFA Piala BMR Hari Ini

0
SHARE
Pemain Zon Pedalaman Atas mendengar arahan daripada jurulatih mereka...

KOTA KINABALU, SABAH – Lapan (8) perlawanan akan diadakan pada hari pertama perlawanan terakhir Kejohanan Bola Sepak SAFA Piala BMR B18 di empat (4) tempat berasingan hari ini.

Dalam Kumpulan A, pasukan Pantai Barat akan menentang Pantai Barat Selatan di Stadium Penampang bermula jam 7.30 pagi, disusuli dengan perlawanan antara Pantai Timur Utara dan Pantai Barat Timur pada jam 9.00 pagi.

Perlawanan seterusnya di tempat sama, Pantai Barat Timur akan menghadapi Pantai Barat Selatan pada jam 4.30 petang manakala Pantai Barat akan melawan Pantai Timur Utara di padang SAFA pada jam 4.30 petang.

Manakala dalam Kumpulan B, Pantai Barat Utara akan menentang Zon Tengah di padang sintetik Likas pada jam 7.30 pagi dan Pantai Timur Selatan akan bertemu Pedalaman Atas di padang sintetik Likas pada jam 9.00 pagi.

Dua (2) perlawanan pada sebelah petang, Pantai Barat Utara berhadapan Pantai Timur Selatan di tempat yang sama pada jam 4.30 petang dan Zon Tengah akan melawan Pedalaman Atas di padang sintetik UMS jam 4.30 petang.

Pada esok, hanya empat (4) perlawanan diadakan di dua (2) tempat berasingan.

Pasukan Pantai Barat akan bertemu Pantai Barat Timur dalam Kumpulan A di Stadium Penampang pada jam 7.30 pagi manakala Pantai Barat Selatan akan menentang Pantai Timur Utara juga di padang yang sama pada jam 9.00 pagi.

Dalam Kumpulan B, Pantai Barat Utara akan menghadapi Pedalaman Atas di padang sintetik UMS pada jam 7.30 pagi dan Zon Tengah akan melawan Pantai Timur Selatan di tempat sama pada jam 9.00 pagi.

Pada sebelah petang upacara perasmian akan berlangsung di padang SAFA dan akan disempurnakan oleh Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar memberitahu, tiada perlawanan diadakan pada sebelah petang memandangkan semua pasukan yang bertanding di grand final dikehendaki untuk menghadiri majlis perasmian.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kepimpinan tertinggi SAFA dan beberapa orang kenamaan negeri dijangka hadir pada majlis itu.

Beliau berharap mereka yang menghadiri majlis perasmian itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sementara itu di Tenom, JJFC mewakili Zon Pedalaman Atas yang giat menjalani latihan akhir kemarin turut meletakkan harapan untuk bersaing di peringkat akhir.

Jamawi bersama jurulatih dan pegawai pegawai JJFC menunjukkan isyarat bagus kepada para pemain…

Presiden JJFC, Jamawi Jaafar berharap “anak-anak buahnya” akan bermain dengan penuh semangat bagi mempastikan pasukan tersebut dapat meraih tempat dalam kejohanan ini.

“Saya berharap para pemain JJFC dapat bermain dengan penuh semangat bagi mengulangi kejayaan JJFC yang pernah muncul sebagai Johan dalam kejohanan bola sepak Allianz Cup pada tahun 2018,” katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan pemain pegawai-pegawai JJFC di padang Pekan Tenom kemarin.