Isu Kalimah ‘ALLAH’, Kerajaan Sarawak Kekal Pendirian

Isu Kalimah ‘ALLAH’, Kerajaan Sarawak Kekal Pendirian

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUCHING, SARAWAK – Kerajaan Sarawak konsisten dalam keputusannya untuk tidak menyekat penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut Kristian di negeri itu.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini, menegaskan dasar toleransi agama kerajaan Sarawak sejak pimpinan Tun Abdul Taib Mahmud kemudian pentadbiran Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hingga pentadbiran sekarang, adalah konsisten.

Justeru, menurut kenyataan itu, kerajaan Sarawak akan terus mempertahan dan memelihara toleransi agama kerana ia adalah faktor utama menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Ia dibuktikan dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) khusus untuk menjaga hal ehwal agama selain Islam…

“Kita sedia maklum ada pihak tertentu yang hanya mahu menjadi juara menggunakan kata-kata Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem), mempolitikkan isu ini memandangkan pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir,” katanya, malam tdi.

Pejabat Ketua Menteri turut menjelaskan, kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin dan percaya rakyat tidak akan terpengaruh dengan taktik untuk menimbul keraguan serta mencemarkan pendirian kerajaan tetapi akan terus melindungi perpaduan agama di Sarawak.

“Orang Islam menghormati orang Kristian dan sebaliknya begitu juga penganut agama-agama lain…

“Tidak pernah ada larangan untuk umat Kristian di Sarawak menggunakan perkataan Allah dengan penuh hormat,” katanya.