Penunggang Foodpanda Cedera Langgar Belakang Toyota Camry

Penunggang Foodpanda Cedera Langgar Belakang Toyota Camry

0
SHARE
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan Jentera EMRS...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penghantar makanan Foodpanda cedera selepas motorsikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang kenderaan Toyota Camry di ‘flyover’ Jalan Lintas – Penampang Bypass.

Mangsa Chong Thin Yee, 48, diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dalam kejadian 11.20 pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beliau kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.54 pagi,” tambah sumber.