Warga Emas OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Keningau

Warga Emas OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Keningau

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Tidak dapat bergerak, seorang warga emas OKU rentung dalam bilik tidurnya di Kampung Bakiau awal pagi tadi.

Mangsa Amburus Antougou, 65, gagal diselamatkan anaknya berusia 45 tahun dalam insiden kebakaran rumah papan mereka berkeluasan 5.5 meter persegi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang tidur.

“Anak lelaki mangsa cuba untuk menyelamatkan bapanya namun gagal memandangkan api sudah terlalu marak…

“Anak mangsa juga tidak dapat memastikan punca kebakaran atau api bermula dari bahagian mana memandangkan hanya menyedari selepas api memusnahkan hampir keseluruhan rumah,” katanya.

Kenjadian 1 pagi itu hanya melibatkan sebuah rumah dengan penemuan mayat mangsa di ruangan bilik tidur.

Kediaman jiran yang terhampir pula berjarak kira-kira 50 meter.

“Mayat dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut…

“Anggaran kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” kata Shahrudin.