Wanita Ditahan Tipu Pakej Mendaki Gunung Kinabalu, Tiga Kes Rugi RM65,000

Wanita Ditahan Tipu Pakej Mendaki Gunung Kinabalu, Tiga Kes Rugi RM65,000

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Polis menahan seorang wanita yang bertindak sebagai ejen pakej pendakian selepas didakwa menipu pelanggan mendaki Gunung Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata suspek kini sudah didakwa di mahkamah atas kesalahan penipuan pakej pendakian.

Beliau berkata, dari Januari hingga November 2025, tiga kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian keseluruhan RM65,010 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Modus operandi suspek adalah mengiklankan pakej pendakian melalui media sosial dan menerima bayaran penuh, namun gagal mengurus pendaftaran dengan Taman-Taman Sabah.

“Mangsa hanya menyedari penipuan apabila nama mereka tiada dalam rekod pendakian pada hari sebenar,” katanya.

Polis menasihati orang awam agar lebih berhati-hati dan hanya berurusan dengan ejen pelancongan berdaftar atau Taman-Taman Sabah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.