Rakyat Sabah Diingat Jangan Terpedaya Dakyah Warisan

Rakyat Sabah Diingat Jangan Terpedaya Dakyah Warisan

0
SHARE
Timbalan Ketua PGRS Kiulu, George Teo...

TUARAN, SABAH – Rakyat Sabah perlu berhati-hati dengan pembohongan yang dimainkan pembangkang khususnya Warisan menjelang hari pengundian pada 29 November ini, kata Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Timbalan Ketua PGRS Kiulu, George Teo berkata taktik pembangkang ialah mengulang-ulang fitnah terhadap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor demi mengelirukan pengundi.

Menurutnya, tiada Ketua Menteri dalam sejarah Sabah yang diserang sebegitu rupa hanya kerana pembangkang terdesak mahu kembali berkuasa.

Beliau menegaskan Warisan yang pernah memerintah lebih dua tahun gagal membawa pembangunan, tetapi kini seolah-olah memiliki jalan singkat menyelesaikan semua masalah Sabah.

Teo berkata kemajuan Sabah di bawah Hajiji telah terbukti melalui inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dan pendekatan kepimpinan yang tidak suka menonjol atau menghina lawan.

Katanya lagi, Hajiji tidak pernah membeza-bezakan rakyat dan sentiasa mengutamakan perpaduan semua kaum di Sabah.

Mengulas dakwaan Warisan mengenai pengiktirafan UEC, Teo menegaskan ia hanya diumumkan semasa Warisan berkuasa namun tiada tindakan susulan dibuat.

“Hajiji yang bertindak segera selepas diusulkan Sabah Dong Zong sehingga UEC akhirnya diiktiraf secara rasmi. Itu bezanya pemimpin berwawasan dengan mereka yang hanya pandai bermain sentimen,” katanya.

Teo turut mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah siber yang disebar cybertrooper dan pihak berkepentingan politik.

“Pertukaran kepimpinan kepada Shafie atau Bung hanya akan membawa Sabah beberapa langkah ke belakang,” katanya.