Perumahan Atas Air Kg Tanjung Aru Terbakar Lagi

Perumahan Atas Air Kg Tanjung Aru Terbakar Lagi

0
SHARE
Sumber Foto: Ihsan daripada Pusat Gerakan Operasi JPBM Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Perumahan atas air Kampung Tanjung Aru Baru terbakar lagi buat kali ketiga pada tahun ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira seawal jam 4 pagi tadi melihat kemusnahan 23 rumah termasuk lima buah kereta dan enam motosikal.

Tragedi tersebut berlaku selepas 15 rumah di kampung berkenaan menemui nasib yang sama dua minggu yang lalu.

Sumber Foto: Ihsan daripada Pusat Gerakan Operasi JPBM Sabah…

Sumber daripada pihak Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, mereka mendapat panggilan kecemasan berkenaan kebakaran itu pada jam 4.32 pagi.

“Sejumlah 36 anggota pelbagai pangkat terlibat dalam operasi pemadaman yang diketuai PGKB I Misran Bisara…

“Situasi rebakan api terkawal dalam masa 1 jam 15 minit dan operasi akhirnya ditutup pada pukul 8:03 pagi.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kejadian disebabkan jalan yang sempit,” kata sumber.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan punca cetusan kebakaran masih di bawah siasatan.

Sumber Foto: Ihsan daripada Pusat Gerakan Operasi JPBM Sabah…

Namun begitu, ramai mangsa mendakwa mendengar sebuah letupan besar sebelum melihat marak api.

Kebanyakkan daripada mereka mengaku tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda disebabkan bahang api yang kuat.

Tinjauan wartawan SabahNews ke Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru mendapati Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) aktif mendaftarkan mangsa bagi menerima bantuan.

Ramai juga mangsa yang dilihat berbaris di balai polis Tanjung Aru bagi membuat laporan atas kehilangan MyKad mereka.