KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan diteruskan hingga 4 Mac ini, demikian menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian COVID-19, hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan PKP di negeri tersebut akan diteruskan bermula 19 Februari ini.
Menurut beliau, status Putrajaya dan Labuan akan bertukar daripada PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala negeri lain yang turut bertukar kepada status PKPB adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.
Walau bagaimanapun, Ismail memaklumkan kerajaan masih melarang sebarang aktiviti rentas daerah dan negeri di kesemua negeri.