Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat rombongan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bertempat di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor...(Sumber Foto" Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Anwar dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman media sosial rasmi Facebook beliau menyatakan menerima kunjungan Abang Johari bersama rombongan di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bertempat di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor…(Sumber Foto” Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)
“Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional (BN), WARISAN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dikemudi saya…
“Insya-Allah, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar Malaysia lebih baik dan berketerampilan,” katanya.