Kanak-Kanak Letak Skru Di Jalan Raya, Belum Ada Laporan Polis Dibuat

Kanak-Kanak Letak Skru Di Jalan Raya, Belum Ada Laporan Polis Dibuat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Belum ada laporan polis dibuat mengenai kejadian dua orang kanak-kanak lelaki yang disyaki meletakkan objek tajam di permukaan jalan raya sini.

Satu video yang tular baru-baru ini merakamkan aksi kedua kanak-kanak yang dipercayai warganegara asing, meletakkan objek yang kelihatan seperti skru pada atas jalan raya behampiran kawasan Sinsuran.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya telah mengambil tindakan mengesan kedua budak itu tetapi masih belum ditemui.

“Setakat ini belum ada mana-mana pihak membuat laporan polis berkaitan kes kenderaan mereka terlanggar sebarang objek tajam di lokasi dimaksudkan…

“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu juga telah membuat operasi dan pemeriksaan di jalan-jalan utama bandaraya Kota Kinabalu.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada sesiapa sahaja jika ada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang termasuk yang menganggu lalu lintas,” katanya dalam sebuah kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan untuk tampil memberikan maklumat yang boleh disalurkan terus di talian 088-529222.