KOTA KINABALU, SABAH – Polis memberkas DUA (2) wanita berumur 22 dan 28 tahun selepas kegiatan pelacuran mereka melalui aplikasi media sosial WeChat dan MiChat terbongkar.
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan Pencegahan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) menjumpai sebuah kondom terpakai dalam operasi Ops Noda kira-kira 2.30 petang kemarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi dijalankan hasil siasatan dan maklumat risikan polis.
“Tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menawar perkhidmatan seks telah dirampas…
“Kedua wanita tersebut ditahan di IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” beliau berkata.
Kad hotel dan sejumlah wang tunai turut dirampas bagi membantu siasatan.