Polis Sabah Tingkatkan Bilangan SJR Bagi Mengekang Penularan COVID-19

Polis Sabah Tingkatkan Bilangan SJR Bagi Mengekang Penularan COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negeri sebanyak 100 bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata pada ketika ini 52 SJR OP COVID-19, 38 SJR Perintah Kawalan Pergerakan Dipkerketatkan (PKPD) dan 10 SJR OP Benteng didirikan di seluruh negeri.

Selain itu 368 pasukan pemantau polis dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain turut diaktifkan.

Beliau mengaskan bahawa tiada pergerakan rentas daerah dibernarkan dan pihak polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit pergerakan kecuali bagi sebab kematian.

Datuk Hazani Ghazali…

“Kita belajar dari kesilpan lepas kerana majlis sosial menjadi pencetus kluster penyakit COVID-19. Buang perasaan ego nak berjalan ke sana saini tanpa tujuan. Tolong duduk di rumah buat tempoh ini dan jaga kesihatan masing-masing…

“Jangan disebabkan keegoan kita virus ini tersebar kepada orang lain,” nasihat beliau.

Katanya PKPD kali ini melibatkan 780 anggota polis yang tidak lagi akan bertolak ansur dan sebaliknya akan terus mengeluarkan kompaun.

Pihak polis telah mengeluarkan sejumlah 60 kompaun pada Selasa dan itu, menurut Hazani, merupakan rekod tertinggi dalam sehari.

“Jangan salahkan pihak berkuasa kerana tidak berkompromi dengan menegakkan pematuhan SOP…

“Hanya kes kecemasan membaitkan kesihatan sahaja dibenarkan lalu selain pekerja perkhidmatan perlu,” tambah beliau.

Tinjaun beliau dari Kudat ke Tuaran pada hari yang sama melihat pengurangan kenderaan di jalan raya sehingga 85 peratus manakala dari Tuaran ke Kota Kinabalu telah melihat pengurangan sebanyak 60 peratus.

“Kita faham Kota Kinabalu adalah pusat ekonomi negeri tetapi tidak dinafikan memang ada pengurangan kereta. Ini sesuatu yang bagus…

“TIdak dinafikan juga timbul kesesakan lalu lintas pada hari ini di mana orang ramai mula kembali bekerja. Meskipun begitu hal ini tidak boileh dielak dan SOP harus dipatuhi,” ulasnya.

Hazani juga membidas komen Naib Presiden Warisan, Junz Wong, yang baru-baru ini mengatakan polis bertindak tanpa simpati dengan mengenakan kompaun kepada pekerja kedai makan yang makan dalam premis mereka sendiri.

“Makan di kedai secara terbuka juga dikira sebagai ‘dine-in’. Hal ini sepertimana sebelum perlaksanaan PKP di mana meja makan pekerja diasingkan dari pelanggan.”

Dalam pada itu Hazani menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun menyeru ketua kampung mengambil peranan menangani COVID-19.

“Pihak polis mengalukan Ketua Kampung atau ahli jawatankuasanya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa dengan serta merta jika sedar kemunculan muka-muka baru atau Pendatang Tanpa Izin (PTI) di kampung masing-masing bagi tindakan sewajarnya,” tambah beliau.