MIRI, SARAWAK – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Pusat Komersial Tebingan Miri, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek, 24, ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
“Semasa pemeriksaan dibuat ke atas lelaki tersebut, polis turut menjumpai pelbagai jenis dadah miliknya yang dianggarkan berjumlah RM9,074.05…
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.
Alexson berkata, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.





