PRU-15: 40 Laporan Polis Diterima Setakat Ini

PRU-15: 40 Laporan Polis Diterima Setakat Ini

0
SHARE
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah...

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 40 laporan polis telah diterima berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat ini termasuk satu yang diterima dalam tempoh 24 jam pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, laporan pertama diterima pada 26 Okt terhadap presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Katanya pelbagai laporan diterima antaranya kerana fitnah dan merusuh…

“Manakala enam kertas siasatan telah dibuka siasatan sehingga hari ke empat tempoh berkempen PRU-15 telah berlangsung.

“Jumlah kumulatif permit kempen pilihanraya diluluskan dari 5 hingga 7 November 2022 sebanyak 369. 

“Hasil pemeriksaan kesemua kempen yang dijalankan mempunyai permit dan tidak melanggar syarat kempen yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media kelmarin.

Beliau turut menyeru agar semua parti politik yang bertanding untuk membuat permohonan kelulusan permit terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa jua kempen dan ceramah.

“Patuhi semua syarat-syarat permit yang telah ditetapkan seperti tiada unsur provokasi, fitnah dan perkauman.

“Pastikan semua penyokong masing-masing menjaga tatalaku dan tidak melanggar undang-undang ataupun memulakan pergaduhan. 

“Pastikan semua penyokong yang hadir kempen atau ceramah mematuhi peraturan lalulintas dengan tidak membuat halangan lalu lintas,” tegas beliau.