PRU15: Calon BN Parlimen Kimanis Teruskan Tradisi Santuni Rakyat Di Tempat Terbuka,...

PRU15: Calon BN Parlimen Kimanis Teruskan Tradisi Santuni Rakyat Di Tempat Terbuka, Tamu

0
SHARE
Calon bagi kerusi Parlimen Kimanis yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin diringi Ahli Dewan Undangan (ADUN), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif beramah mesra dengan peniaga tamu lama Membakut...

MEMBAKUT, SABAH – Calon bagi kerusi Parlimen Kimanis yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin meneruskan tradisi parti terbabit menyantuni rakyat daerah ini di tempat terbuka khususnya di tamu (pasar mingguan).

Mohamad ketika ditemui media di tamu lama Membakut berkata beliau berhasrat untuk mendekati seramai mungkin rakyat di daerah ini disamping menggunakan pengalamannya bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

“Kita berada di dalam siri kempen pelbagaikan cara untuk kita mendekati pengundi. Saya sebagai calon ini, adalah menjadi matlamat saya jika boleh, saya ingin bertemu seramai mungkin pengundi…

“Dalam tempoh berkempen ini, salah satu cara kita bertemu pengundi adalah di tamu, masjid atau dimana-mana ada keramaian.

“Tapi kita (BN) sudah biasa lakukan dan ini bukan kali pertama saya menjadi calon. Kita akan teruskan tradisi ini untuk menyantuni seramai mungkin pengundi bersama-sama dengan rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kita,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata beliau juga lebih optimis dengan perkembangan semasa disamping yakin rakyat Kimanis akan membuat pilihan bijak pada hari mengundi kelak.

Calon bagi kerusi Parlimen Kimanis yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin diringi Ahli Dewan Undangan (ADUN), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif beramah mesra dengan peniaga tamu lama Membakut…

“Kita bukan pertama kali bertanding, kita sudah pernah berkhidmat dan memberi perkhidmatan yang cukup banyak…

“Jadi says cukup yakin mereka (rakyat Kimanis) boleh membuat penilaian tepat pada kali ini dan Insya Allah, BN akan terus kekal di Parlimen Kimanis,” katanya.

Selain itu, beliau juga turut memberitahu media pihaknya sebelum ini melaksanakan pelbagai siri dialog dan sesi libat urus bersama golongan belia dalam mendekati serta mendengar aspirasi mereka.