Polis Berkas Penetak Peminjam Wang Kudat

Polis Berkas Penetak Peminjam Wang Kudat

0
SHARE
Penetak
Gambar mangsa kejadian yang tular di media sosial ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KUDAT, SABAH – Polis daerah ini berjaya menahan seorang warganegara asing yang menetak seorang peminjam wang berlesen dalam insiden 6.55 pagi di Pekan Baru, sini, pada Selasa.

Ekoran kejadian itu, mangsa lelaki berusia 30an mengalami luka di bahagian anggota badan. Beberapa gambar kecederaan mangsa serta gambar wajah suspek tular pada hari kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Haris Ibrahim, maklumat diterima daripada isteri mangsa.

Katanya sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian dan bertindak menghantar mangsa ke Hospital Kudat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pada jam lebih kurang 4.30 petang, suspek lelaki warganegara asing berusia 30an yang terlibat telah berjaya diberkas di kawasan semak Jalan Sikuati Lama, Sungai Karang, Kudat.

“Siasatan lanjut keatas saksi kejadian mendapati motif adalah samun. Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.