Seorang Maut, Beberapa Cedera Selepas Singapore Airlines Dilanda Gelora Udara

Seorang Maut, Beberapa Cedera Selepas Singapore Airlines Dilanda Gelora Udara

0
SHARE

KUALA LUMPUR: seorang penumpang maut, manakala beberapa lagi mengalami kecederaan selepas menaiki penerbangan Singapore Airlines dari London yang dilanda gelora udara pada petang Selasa.

Boeing 777-300ER yang menuju ke Singapura telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada jam 3.45 petang waktu tempatan. 

Penerbangan SQ 321 itu membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal.

Perkara itu disahkan oleh Singapore Airlines menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang dan sedang menghantar pasukan ke Bangkok untuk bantuan tambahan.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand juga dilaporkan telah menghantar ambulans dan pasukan kecemasan ke lokasi kejadian.