Hanyut Pasang Kabel Besi Di Sungai Ulu Segama Kinabatangan

Hanyut Pasang Kabel Besi Di Sungai Ulu Segama Kinabatangan

0
SHARE
Jbpm
Pasukan anggota bomba dan mangsa terselamat di lokasi kejadian ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KINABATANGAN, SABAH – Pencarian seorang lelaki yang hanyut dibawa arus deras semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel besi di Sungai Ulu Segama, sini, semalam.

Mangsa berusia 51 tahun dilaporkan hilang kepada pasukan penyelamat melalui talian MERS999 pada jam 12.04 tengah hari Selasa.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pemanggil berkata tiga orang mangsa terdahulu telah menaiki bot untuk memasang kabel besi.

“Namun disebabkan arus sungai yang deras bot yang dinaiki mereka telah hanyut.

“Dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hanyut,” kata seorang jurucakap agensi.

Jelasnya, sepasukan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bertindak ke lokasi dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Kaedah pencarian atas permukaan air dijalankan sekitar 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi ditangguhkan pada jam 6.14 petang dan akan disambung semula pada hari ini (Rabu).

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” sumber berkata.