KUALA PENYU, SABAH – Seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama dua orang rakan di pesisir pantai Kg. Tempurung petang tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.36 petang.
“Menurut maklumat dari pemanggil terdapat tiga orang mangsa lelaki melakukan aktiviti mandi-manda di pesisir pantai…
“Dua orang mangsa ditemui dalam keadaan selamat manakala seorang mangsa telah hilang dan belum dijumpai,” katanya.
Mangsa selamat dikenal pasti sebagai Mohamad Hafizat dan Mohamad Hafizan berusia 15 dan 17 tahun.
“Operasi mencari dan menyelamat bagi Iqwan Haikal dimulakan dengan kaedah permukaan air 5.54 petang menggunakan sebuah bot penyelamat dengan radius pencarian 2km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa belum dijumpai dan usaha ditangguhkan pada jam 9.07 malam dan akan disambung semula pada esok hari (Ahad),” katanya.