KOTA KINABALU, SABAH – Rata-rata rakyat Sabah dan Sarawak merasakan bahawa Borneo seolah dijadikan tempat pembuangan sampah sarap Semenanjung Malaysia apabila antara sembilan (9) anggota polis yang korup bakal ditempatkan di sini.
Isu tersebut dilaporkan dalam media semalam (Selasa) selepas sembilan anggota negeri Selangor itu didapati terlibat dalam aktiviti pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak berkaitan kes dadah.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata siasatan keatas kesemua anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) terdiri daripada pangkat konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (peras ugut).
Ianya selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu berumur 32 tahun pada 26 Julai lalu.
Netizen terutamanya dari Sabah dan Sarawak terkilan dengan tindakan disiplin yang diambil khusus kepada dua negeri itu…
“Kenapa masih diberi peluang lepas tu hantar ke Sabah dan Sarawak? Kami tidak perlu orang yang bermasalah di sini. Sabah dan Sarawak ada ramai lagi anggota polis yang mempunyai rekod baik,” kata pengguna Facebook bernama Flady Polo.
“Ramai rakyat Malaysia tiada kerja. Mohon Parlimen buat undang-undang baru…mana-mana penjawat awam yang bermasalah sila buang terus,” komen James Navau pada laman media sosial sama.
Tiada wujud sambutan kepada tindakan disiplin berkenaan yang jelasnya tidak difikirkan secara baik ibarat peribahasa “salah colok melantingkan”.
Fee Joe pula mengajak rakyat Sabah membantah tindakan tersebut kerana “Borneo bukan tempat pengumpulan sampah masyarakat dari Semenanjung.
Fredie Haqeem menyoal, kenapa Sabah dan Sarawak? “Semenanjung ada 12 negeri…buang la dekat laut,” katanya.
“Berikanlah tindakan disiplin contohnya tiada kenaikan gaji dan pangkat selama 16 tahun.
Jangan pula pesalah dilonggokkan di Sabah. Lama kelamaan Sabah menjadi tempat pusat samseng,” pendapat Kamariah Yassin.
Aktivis Sabah, Musli Oli berkata pihak Polis patut gantung tugasan mereka yang terlibat dan bukannya menghantar masalah ke Borneo…
Sedangkan orang berasal daripada Semenanjung pun merasakan bahawa penjawat awam yang didapati bersalah pun tidak harus bebas daripada hukuman penjara yang dikenakan kepada orang awam.
“Peras ugut tu bukankah satu kesalahan jenayah? Siasat betul-betul. Jika terbukti bersalah hukumannya bukan sekadar tukar temapt kerja. Dakwalah di makhamah dan masuk dalam (penjara) lah,” jata Halim Bede.
“Buang kerja dan beri hukuman penjara. Orang seperti ini sebelum pencen dah kaya raya. Ambil tindakan tegas, ta perlu simpan dalam jabatan. Usir mereka,” jawab Nazan Mohd.
“Nak hapuskan lalat kena bersihkan dulu persekitarandari sampah dan benda yang boleh mengundang lalat,” kata seorang pengguna lagi.
“Lepas tu jahanaman Sabah dan Sarawak sebab ada anggota yang b***t macam tu,” kata Eirwan Ahmad.