KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu menjunam ke bawah paras 400 hari ini dengan keseluruhan 393 KES. Ianya merupakan lagi penurunan 54 kes dari semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya terdapat pertambahan dalam jumlah yang kecil dibeberapa daerah.
“Kecuali Kota Kinabalu, jumlah kes harian di daerah-daerah lain Sabah adalah dibawah paras 50, dengan 12 Daerah mencatat kurang daripada 10 kes…
“Malah tidak ada kes baharu yang dilaporkan di tiga (3) daerah,” katanya dalam sebuah rumusan harian.
Dalam pada itu, daerah Tongod dan Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes hari ini.
Katanya, 214 kes atauapun 54 peratus (54.5%) daripada keseluruhan kes hari ini didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu manakala selebihnya merupakan kes daftar lewat dua (2) hingga (5) hari selepas keputusan saringan diketahui.
“Kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Jumlah kes dalam Kategori 3 sebanyak lima (5) orang, Kategori 4, dua (2) orang dan Kategori 5, tiga (3) orang…
“Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 320 orang ataupun 81 peratus (81.4%) dan Kategori 1, 60 orang atau 15 peratus (15.3%). Tiga (3) kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” beliau berkata.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 62 (84)
Kota Belud – 40 (41)
Tuaran – 27 (30)
Kota Marudu – 26 (33)
Sipitang – 20 (2)
Beaufort – 20 (19)
Tawau – 19 (15)
Tambunan – 18 (18)
Penampang – 18 (15)
Kudat – 17 (16)
Papar – 16 (18)
Keningau – 16 (19)
Telupid – 15 (6)
Ranau – 15 (34)
Tenom – 15 (15)
Lahad Datu – 9 (17)
Sandakan – 9 (7)
Pitas – 7 (9)
Nabawan – 6 (2)
Putatan – 5 (14)
Semporna – 4 (0)
Kuala Penyu – 4 (6)
Beluran – 3 (17)
Kunak – 2 (2)
Kinabatangan – 0 (6)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (1)