SABAH SAMBUT DEEPAVALI PENUH KESATUAN: KM HAJIJI

SABAH SAMBUT DEEPAVALI PENUH KESATUAN: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji menyampaikan cek replika kepada wakil daripada Jireh Home ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menter Datuk Seri Hajiji Noor menyertai kaum masyarakat India dalam menyambut Deepavali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Beliau disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan India Sabah, Datuk V. Jothi dan orang kenamaan lain.

Jothi kemudian turut menemani Hajiji untuk menyalakan kuthu vilakku (lampu tembaga) sempena perayaan Deepavali.

Majlis Ramah Mesra Deepavali yang dihadiri lebih 1,000 orang itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri dan Dewan Perniagaan India Sabah.

Dalam sambutan itu, dua keping cek bernilai RM3,000 setiap satu telah disampaikan kepada Persatuan Orang Buta Sabah dan Jireh Home Tuaran daripada kerajaan negeri dan Dewan Perniagaan India Sabah.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.