Sabah Sekali Lagi Catat Rekod Tertinggi Kes Harian COVID-19

Sabah Sekali Lagi Catat Rekod Tertinggi Kes Harian COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes terus meningkat dan Sabah sekali lagi mencatat rekod tertinggi 5,565 KES baharu hari ini iaitu peningkatan sebanyak 771 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi di Sabah hari ini dengan 1,395 kes.

“Jumlah tersebut merupakan satu per lima daripada jumlah kes seluruh Negeri Sabah…

“Sejumlah 66 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik,” katanya sambil menambas seluruh daerah merekodkan jangkitan baharu.

Katanya 62 peratus daripada kes hari ini merupakan jangkitan dalam komuniti (sporadik) yang tidak diketahui punca jangkitan atau lokasi jangkitan berlaku dan dikategorikan sebagai kes bergejala.

Selain itu, terdapat dua lagi kluster institusi pendidikan baharu diisytiharkan hari ini iaitu Kluster Kg Lampada di Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat di Keningau.

“Jumlah keseluruhan kluster di Sabah setakat ini ialah 42 dengan satu diisytihar tamat semalam iaitu kluster jenis tempat kerja, Kluster Sg Trayon di Kinabatangan,” katanya hari ini dalam rumusan kes.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 1,395 (904)
Penampang – 606 (513)
Tawau – 430 (273)
Lahad Datu – 398 (242)
Papar – 337 (347)
Tuaran – 320 (444)
Sandakan – 289 (459)
Kota Belud – 216 (156)
Keningau – 215 (136)
Putatan – 188 (128)
Kota Marudu – 164 (149)
Beaufort – 158 (203)
Ranau – 104 (195)
Pitas – 91 (52)
Tambunan – 85 (72)
Kuala Penyu – 85 (90)
Tenom – 74 (56)
Sipitang – 72 (51)
Tongod – 54 (0)
Nabawan – 52 (18)
Kunak – 49 (53)
Beluran – 43 (71)
Kinabatangan – 39 (51)
Semporna – 34 (43)
Telupid – 27 (47)
Kudat – 26 (25)
Kalabakan – 14 (16)