KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Sabah menyekat kemasukan warganegara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka ke dalam negeri akibat penularan Varian Baharu COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam sebuah kenyataan berkata Variant of Concern (VoC) itu menyumbang kepada lonjakan kes baru di negara-negara tersebut.
Pengecualian masuk ke dalam negeri Sabah diberikan kepada rakyat Sabah serta pasangan atau anak-anak kepada rakyat Sabah sahaja.
“Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan…
“Kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur “signoff” di negeri Sabah kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” tambah beliau.