Sabah Terus Catat Penurunan Dengan 767 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Terus Catat Penurunan Dengan 767 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan sebanyak 767 KES hari ini (3 Okt) iaitu penurunan 17 kes berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, trend penurunan tersebut sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 15 daerah.

“Sebanyak 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan satu (1) daerah iaitu Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana semalam.

“Bagi daerah yang mengalami trend penurunan berbanding catatan kes semalam, Ranau mencatatkan penurunan tertinggi hari ini dengan -21 kes, Beluran -16 kes, Tenom -14 kes, Pitas -12 kes dan Kunak -11 kes.

“Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pada hari ini pula didominasi oleh Kota Kinabalu yang mencatatkan peningkatan sebanyak +33 kes, Kudat +19 kes, Sipitang +12 kes dan Papar +11 kes,” katanya.

Trend Saringan Kontak Rapat kekal sebagai penyumbang utama kes harian iaitu bersamaan dengan 55 peratus daripada jumlah kes harian pada hari ini.

Beliau berkata berdasarkan 35 peratus (35%) kumulatif kes pada hari ini yang datang daripada Saringan Bergejala memperlihatkan trend jangkitan di Negeri Sabah bukan lagi bersifat lokaliti tertentu tetapi sudah merebak ke dalam seluruh komuniti.

“Berdasarkan analisa ini, kaedah bergantung sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan dan juga penguatkuasaan sudah tidak berkesan.

“Tiada siapa boleh ramalkan siapa yang menjadi pembawa atau siapa yang sudah dijangkiti. Kita perlu terima hakikat bahawa kita sedang hidup bersama virus ini.

“Amalan terbaik yang boleh disarankan ialah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kendiri selain daripada sokongan kepada usaha vaksinasi yang sedang giat dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, 91 peratus daripada kes jangkitan hari ini berada di Kategori 1 dan 2, manakala lima (5) kes di Kategori 3, enam (6) kes di Kategori 4 dan tiga (3) kes di Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 112 (79)
Ranau – 56 (77)
Keningau – 55 (60)
Lahad Datu – 53 (59)
Kota Belud – 45 (38)
Penampang – 40 (33)
Sandakan – 38 (46)
Tawau – 36 (44)
Tuaran – 34 (43)
Papar – 33 (22)
Kudat – 33 (14)
Kota Marudu – 32 (39)
Tenom – 32 (46)
Nabawan – 25 (17)
Putatan – 23 (19)
Sipitang – 22 (10)
Kinabatangan – 15 (15)
Pitas – 15 (27)
Semporna – 12 (10)
Telupid – 11 (15)
Beluran – 9 (25)
Beaufort – 8 (13)
Kuala Penyu – 7 (3)
Kalabakan – 7 (0)
Tambunan – 5 (7)
Tongod – 5 (8)
Kunak – 4 (15)