Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat 5 Divisyen

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat 5 Divisyen

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (dua dari kanan) bersama Toh Puan Norlidah (kanan) mengedarkan duit raya kepada anak tentera ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Acara tembakan meriam buluh oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menjadi gimik Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat 5 Divisyen Tahun 2024.

Turut mengiringi Tun Juhar, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Tembakan buluh tersebut serentak dengan tembakan meriam oleh Rejimen Ke-6 Artileri Diraja (6 RAD) di Kem Lok Kawi, pada Ahad malam.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah Tan Sri RM Jasni dan isteri Hajiji, Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis itu, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah turut menyampaikan duit raya kepada anak tentera, sambil dihiburkan dengan persembahan Kumpulan N’Separang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman. — JABATAN PENERANGAN SABAH