Pakej Rangsangan Ekonomi Bernilai RM2.9 Trilion Dilaksanakan Di Jepun

Pakej Rangsangan Ekonomi Bernilai RM2.9 Trilion Dilaksanakan Di Jepun

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Satu pakej rangsangan ekonomi tambahan akibat penularan wabak COVID-19 bernilai AS$707 bilion (RM2.9 trilion) akan dilaksanakan di negara ‘matahari terbit’ bagi mempertahankan pekerjaan, meneruskan perniagaan, menghidupkan kembali ekonomi negara itu.

Memetik laporan berita Xinhua, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga hari ini mengumumkan perkara itu pada mesyuarat kerajaan dan parti pemerintah.

“Pada masa sama membuka jalan menuju pertumbuhan termasuk melalui teknologi hijau dan digital,” kata beliau.

Pakej itu disusun bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi akibat COVID-19.

Kabinet dijangka meluluskan pakej rangsangan itu dalam waktu terdekat.