Sarawak Tetap Sokong, Bekerjasama Dengan Kerajaan Perpaduan

Sarawak Tetap Sokong, Bekerjasama Dengan Kerajaan Perpaduan

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri Semenanjung Malaysia pada 12 Ogos ini tidak menggugat kestabilan kerajaan persekutuan tegas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, GPS tetap menyokong dan bekerjasama dengan pentadbiran sedia ada di peringkat persekutuan, tanpa mengira keputusan PRN itu nanti.

“Sokongan dan kerjasama antara GPS dan Kerajaan Persekutuan hari ini tidak menghalang apa jua keputusan pilihan raya negeri akan datang.

“Namun, kita juga berharap rakan kita yang kita sokong di Kerajaan Pusat memenangi pilihan raya tersebut,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Royal Kuching Cruise di Tebingan Sungai Kuching, di sini, malam tadi.

Semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur 11 Julai lalu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, Abang Johari berkata adalah penting kerajaan sedia ada dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang dihasratkan oleh rakyat demi kestabilan sosio-ekonomi negara.