Tempat Letak Kereta Bertingkat Foh Sang Dijangka Siap Sebelum Oktober 2024

Tempat Letak Kereta Bertingkat Foh Sang Dijangka Siap Sebelum Oktober 2024

0
SHARE
Phoong
Menteri Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe

KOTA KINABALU, SABAH – Tempat letak kereta enam tingkat Foh Sang, Luyang yang kini telah lebih 180 hari lewat dijadualkan siap Oktober ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe optimis ia boleh dilakukan lebih awal.

ADUN Luyang itu menjelaskan selain pandemikreka bentuk luaran yang lebih selamat adalah antara sebab penangguhan lain.

“Terdapat kebimbangan mengenai potensi risiko bunuh diri dalam estetika pelapisan dinding sebelum ini selain kenaikan harga bahan mentah.

“Tetapi perbezaan pendapat telah diselesaikan minggu lalu dengan kerjasama Dewan Bandaraya, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta kontraktor Juta Hajat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di DBKK baru-baru ini.

Phoong berkata bangunan itu kira-kira 73 peratus siap.

Beliau menegaskan bangunan itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya untuk manfaat orang awam Kota Kinabalu.

“Permohonan gerai masih ditutup. Pun begitu, gerai-gerai sedia ada akan diutamakan,” tambahnya.