JAKARTA, INDONESIA – Seorang isteri biarkan suaminya dipukul oleh penduduk kampung di Indonesia kerana bertindak dengan sengaja menyebarkan jangkitan COVID-19 di kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara.
Memetik portal berita Tribunnews.com, Risma Sitorus berkata suaminya Salamat Sianipar, 45, meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan COVID-19 kepada penduduk kampung berkenaan.
“Suami saya cuba untuk menyebarkan virus COVID-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata Risma.
Dalam pada itu, satu video yang turut tular di media sosial menunjukkan Selamat sedang dipukul oleh beberapa penduduk kampung menggunakan kayu.
VIDEO yang tular menunjukkan Salamat dipukul oleh penduduk kampung kerana cuba menyebarkan jangkitan COVID-19… (Sumber: Pikiranrakyat.com)
Terdahulu pda 21 Julai lalu, Salamat telah melarikan diri daripada pusat kuarantin dan pulang ke rumah akibat tertekan kerana dijangkiti COVID-19.
Menurut Risma, suaminya itu kemudiannya keluar berkeliaran di kawasan kampung, meludah tapak tangannya dan cuba memegang penduduk setempat sambil menjerit dirinya negatif COVID-19.

Tindakan suaminya itu telah menyebabkan penduduk kampung berang dan marah sebelum sekumpulan pemuda mengambil kayu untuk memukul Salamat, namun lelaki itu berjaya lari ke dalam sebuah hutan.
Walau bagaimanapun, Salamat berjaya ditemui dan ditahan pada 23 Julai lalu kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan dan dibawa ke Hospital Porsea, Sumatera Utara.





