KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI INDIA KE MALAYSIA

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI INDIA KE MALAYSIA

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N Reddy semasa kunjungan itu...

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan kunjungan B.N Reddy ke Sabah dan berharap hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin diantara kedua pihak dapat ditingkatkan lagi.

Katanya, Sabah mengalu-alukan kedatangan pelabur dan pelancong asing dari luar negara termasuk India bagi membantu merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri ini.

“Kerajaan Negeri akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini”, katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.