Hospital Terbakar, 11 Bayi Baharu Lahir Terkorban 

Hospital Terbakar, 11 Bayi Baharu Lahir Terkorban 

0
SHARE

SENEGAL – Sebuah hospital di bandar Tivaouane, Senegal telah terbakar dan telah mengorbankan seramai 11 bayi yang baharu lahir.

Insiden tersebut diumumkan menerusi satu ciapan Presiden Senegal, Macky Sall di Twitter semalam.

“Kepada ibu dan keluarga mereka, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam,” ciap Sall pada lewat malam, lapor AFP.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang kebakaran itu yang berlaku pada Rabu.

Sall dilaporkan berada di Angola dalam satu lawatan negara.

Tragedi itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane dan berpunca daripada litar pintas, menurut seorang ahli politik Senegal, Diop Sy.

Kebakaran merebak dengan cepat, katanya.

Menteri kesihatan Senegal, Abdoulaye Diouf Sarr yang berada di Geneva untuk Perhimpunan Kesihatan Sedunia berkata, beliau akan segera kembali ke Senegal.

Datuk Bandar itu, Demba Diop berkata, tiga bayi telah diselamatkan…

Menurut media tempatan, Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh baru sahaja dirasmikan.