
KOTA KINABALU, SABAH – Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Negeri Sabah melalui Ketua Penerangannya, Steve Johnny Mositun, membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook yang menggunakan nama Angelina Peace, kerana menggunakan imej Ketua Menteri dan membuat hantaran dengan niat menghina pemimpi tersebut.
“Dalam kita mempunyai hak menyuarakan pandangan, harus diingati bahawa setiap siaran atas talian mempunyai batas.
“Tidak kira apa saja siaran kita lakukan, sama ada tentang kepimpinan, jangan la kita melakukanya sehingga menghina.
“Kita mempunyai Akta dan peraturan dimana harus kita patuhi.
“Setiap perancangan dan kemajuan akan melalui fasa dan kita memahami jika ada ketidak puas hatian daripada rakyat atau individu.
“Namun biarlah kita menjadi contoh dalam kematangan,” katanya, sambil menambah, orang Sabah terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi.
Steve berkata kesedaran tentang seksyen atau akta berhubung komunikasi atas talian harus dilakukan di peringkat sekolah melalui agensi yang berkaitan.





