Ghazali Terajui Pemuda Penaja Gagasan Rakyat Tuaran

Ghazali Terajui Pemuda Penaja Gagasan Rakyat Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Datuk Mohamad Ghazali Hajiji dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tuaran dalam mesyuarat penubuhan jawatankuasa di Pejabat PGRS Bahagian P170 Tuaran pada Isnin, 14 September 2026.

Turut dilantik ialah Asrizal Aldin sebagai Naib Ketua Pergerakan dan Ag Mohammad Ashraff Ag Rasin sebagai Penolong Setiausaha.

Jawatan Penolong Bendahari diamanahkan kepada Mohd Shazly Zainal, manakala Muhd Arziz Afizy Rumsani dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada penyusunan gerak kerja, pengukuhan kerjasama serta penetapan hala tuju pemuda bahagian berkenaan.