KOTA KINABALU, SABAH – Seorang warganegara Indonesia cedera parah ditindih kereta dan pagar rumah di Lorong Ziarah 6, Taman Luyang pagi tadi.
Anggota Balai Bomba Kota Kinabalu sampai ke lokasi kurang dari tiga (3) minit sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 10.25.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah memperincikan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX.
“Kenderaan terbabit telah melanggar pagar rumah tersebut lalu menghempap satu orang mangsa perempuan, Maria Jari, 41 tahun…
“Operasi menyelamat tamat pada jam 10:58 dengan bantuan sejumlah enam anggota dan pegawai,” katanya.
Rawatan awal diberikan kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.