KUALA LUMPUR – Seramai 60 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang disahkan positif jangkitan COVID-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, lewat malam tadi.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin yang melakukan tinjauan ke sekolah berkenaan malam tadi berkata, baki pelajar masih ditempatkan di asrama menunggu ujian saringan COVID-19 dilakukan untuk mereka.
Terdahulu, tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan para ibu bapa.
Ibu bapa pelajar mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah.
Menurut Radzi, mereka (pelajar) yang menjadi kontak rapat juga wajib dikuarantin.
